Header Ads

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2026-2027 bakal dibuka? Perhatian buat individu yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang TVET adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 1 ambilan 2026/2027 bagi pengajian di peringkat Diploma dan Sijil. Untuk makluman anda, permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2026/2027 boleh dibuat secara online mulai 27 Februari 2026 sehingga tarikh tutup pada 12 Mei 2026 jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi eBorang MyPolycc. Berikut dikongsikan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2026/2027 Online buat rujukan anda. 

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online


Sedia maklum, Politeknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mula ditubuhkan pada 1969. Manakala Kolej Komuniti pula ditubuhkan pada tahun 2001 melalui penubuhan 12 buah kolej komuniti rintis. Untuk program sepenuh masa, kedua-dua institusi ini menawarkan 75 Diploma Politeknik, 38 Sijil Komuniti, 6 Diploma Kolej Komuniti, dan 5 sijil kemahiran khas Politeknik. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kole Komuniti (JPPKK) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi I 2026/2027 ke program Sijil dan Diploma di 36 buah Politeknik dan 106 buah Kole Komuniti telah dibuka menerusi Portal Rasmi eBorang MyPolycc. 


Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti termasuk syarat kemasukan, yuran pengajian dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Senarai Politeknik & Kolej Komuniti di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di seluruh Malaysia seperti berikut:

◾️3 Politeknik Premier

◾️28 Politeknik Konvensional

◾️5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik boleh dirujuk di SINI.


Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti

A. Syarat Umum Kemasukan Politeknik

◾️Politeknik Premier

5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

◾️Politeknik Konvensional / METrO

3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan. Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:

- Bahasa Melayu (Wajib Lulus)

- Sejarah (Wajib Lulus)

- Bahasa Inggeris

- Matematik

- Sains / Fizik atau Kimia


B. Syarat Umum Kemasukan Kolej Komuniti

◾️Diploma

- Lulusan Sijil Kolej Komuniti

- Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

◾️Sijil Kolej Komuniti

- Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)


Kategori Yang Layak Memohon

Permohonan dibuka kepada kategori berikut:

- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- Lulusan Sijil Politeknik

- Lulusan Sijil Kolej Komuniti

- Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2 dan Tahap 3)

- Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

- Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA

- Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)

- Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia

- Lepasan Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM


Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah seperti berikut:

A. Program Diploma Politeknik

1. Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri

Diploma Agroteknologi

Diploma Bioteknologi

Diploma Teknologi Akuakultur

Diploma Teknologi Hortikultur Landskap

2. Jabatan Kejuruteraan Awam

Diploma Geomatik

Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar

Diploma Kejuruteraan Awam

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan

Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

Diploma Seni Bina

Diploma Teknologi Berasaskan Kayu

Diploma Ukur Bahan

3. Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

4. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

Diploma Kejuruteraan Mekatronik

5. Jabatan Kejuruteraan Perkapalan

Diploma in Naval Architecture

Diploma Kejuruteraan Perkapalan

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi

Diploma Kejuruteraan Kimia

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti

Diploma Pelancongan Rekreasi

Diploma Pengurusan Acara

Diploma Pengurusan Hotel

Diploma Pengurusan Pelancongan

Diploma Pengurusan Resort

Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

Diploma Seni Kulinari

6. Jabatan Penyelenggaraan Pesawat

Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat

7. Jabatan Perdagangan

Diploma Akauntansi

Diploma Insurans

Diploma Keusahawanan

Diploma Kewangan

Diploma Kewangan Islam

Diploma Pemasaran

Diploma Pengajian Perniagaan

Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan

Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan

Diploma Pengurusan Peruncitan

Diploma Perniagaan Antarabangsa

Diploma Sains Kesetiausahaan

Diploma Sistem Maklumat Perniagaan

8. Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

Diploma Reka Bentuk Fesyen 

Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik

Diploma Reka Bentuk Kraf

Diploma Rekabentuk Grafik

Diploma Rekabentuk Industri

Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi

Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video

Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni

Diploma Teknologi Media Cetak

9. Jabatan Teknologi Makanan

Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)

Diploma Teknologi Makanan

Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal

10. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Diploma Teknologi Maklumat


B. Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti

Diploma In Mobile Technology

Diploma In Patisserie

Diploma In Telecommunication Technology

Diploma Teknologi Kenderaan Perdagangan

Diploma Terapi Kecantikan

Diploma in Hotel Management


C. Sijil Kolej Komuniti

Certificate in Culinary Arts

Certificate in Food & Beverage Service

Certificate In Recreational Tourism

Sijil Agroteknologi

Sijil Animasi 2D

Sijil Animasi 3D

Sijil Dandanan Rambut 

Sijil Fesyen dan Pakaian

Sijil Kulinari

Sijil Landskap

Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan 

Sijil Operasi Perhotelan

Sijil Pastri

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Sijil Pengendalian Acara

Sijil Pengoperasian Perniagaan

Sijil Penyelenggaraan Bangunan 

Sijil Penyeliaan Tapak Bina

Sijil Perkhidmatan Logistik

Sijil Rekabentuk Dalaman 

Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot

Sijil Seni Visual Kreatif

Sijil Teknologi Akuakultur

Sijil Teknologi Automotif

Sijil Teknologi Elektrik

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) 

Sijil Teknologi Maklumat 

Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan 

Sijil Teknologi Pembuatan

Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 

Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda

Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri

Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi

Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih

Sijil Teknologi Senibina

Sijil Terapi Kecantikan dan Spa


D. Sijil Kemahiran Khas Politeknik

Sijil Khas Operasi Katering

Sijil Khas Pembinaan

Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal

Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen

Sijil Khas Reka Bentuk Grafik


Yuran Pengajian

Yuran pengajian sepenuh masa di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah seperti berikut:

A. Yuran Politeknik 

◾️Yuran Pengajian: RM 200

◾️Yuran Asrama: RM 60-RM630

*Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan

Bayaran Pelbagai

◾️Semester 1: Maksimum RM 300

◾️Semester seterusnya: Maksimum RM 150


B. Yuran Kolej Komuniti

◾️Yuran Pengajian: RM 200

◾️Yuran Asrama: Percuma

*Asrama hanya disediakan di LTA @ Kolej Komuniti Langkawi, Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang, Kolej Komuniti Rompin, Pahang, Kolej Komuniti Segamat 2, Johor, Kolej Komuniti Gerik, Perak, Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan

Bayaran Pelbagai

◾️Semester 1: Maksimum RM 300

◾️Semester seterusnya: Maksimum RM 150

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online


Cara Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2026/2027 Online

Berikut dikongsikan maklumat Cara Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti secara online:

1. Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 1 2026/2027 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangv2/login.aspx.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan, Pilih Kategori dan klik pada butang "Masuk".

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti, sila layari laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my/ atau sila rujuk dibawah:-

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,

Aras 6, Galeria PjH,

Jalan P4W, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 - 8888 3837

No. Whatsapp: 03 - 8888 5625

Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Facebook: polyccofficial

Instagram: polyccofficial

Ð¥: polyccofficial

Threads: polyccofficial

Semoga perkongsian Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti!


2 comments:

Powered by Blogger.