Header Ads

Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)

Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan FLYsiswa (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT) bagi tahun 2025 bakal dibuka? Untuk makluman anda, pada 12 Disember 2024 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan kadar subsidi bagi bantuan Flysiswa untuk tahun 2025. Berikut dikongsikan Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 buat rujukan anda.

Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)

Sedia maklum, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini. FLYsiswa merupakan satu inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dibawah KPT, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) KPM bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM400 secara one-off, boleh membantu dan meringankan bebanan para pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.


Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan FLYsiswa termasuk kadar bantuan, cara penebusan tiket kapal terbang dan semakan kelayakan permohonan:


Kadar Bantuan FLYSiswa Tahun 2025

- Kadar bantuan FLYsiswa tahun 2025 terbaru telah dinaikkan daripada RM300 ke RM400.

- Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan lebih 74,500 pelajar dari universiti awam, politeknik, IPG, dan matrikulasi, serta dianggarkan 60,000 pelajar yang menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan.


Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan FLYsiswa 2025

1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2025 dalam kategori berikut;

- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;

- berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;

- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;

- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau

- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);

3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;

4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan

5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)

Fasa & Tarikh Permohonan Bantuan FLYsiswa 2025

Berikut dikongsikan fasa dan tarikh permohonan yang perlu anda tahu untuk memohon bantuan subsidi penerbangan kapal terbang ini:

▶️ Fasa 1 - Mulai 1 Januari 2025

- Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing sehingga 30 September 2024.

▶️ Fasa 2 - Mulai 1 April 2025

- Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024.

▶️ Fasa 3 - Mulai 1 Julai 2025

- Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025.

Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 (Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT)

Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT

- Bagi pelajar IPT yang ingin membuat permohonan bantuan subsidi kapal terbang, anda boleh membuat semakan kelayakan secara online menerusi pautan di https://subsidiudara.mot.gov.my

- Kemudian, masukkan nombor MyKad dan pilih Nama Institusi untuk semakan.

- Bagi yang layak anda boleh terus melakukan permohonan bantuan daripada mana-mana syarikat penerbangan yang dinyatakan dan jika anda tidak layak anda boleh membuat rayuan semula.


Tarikh Penebusan & Pembelian Tiket Kapal Terbang

- Bagi anda yang telah layak untuk mohon subsidi penerbangan IPT ini, anda boleh melakukan penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

- Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.


Cara Pembelian Tiket Kapal Terbang

- Pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti berikut:

▶️ Malaysia Airlines

▶️ AirAsia

▶️ BatikAir

▶️ Firefly

▶️ MASwings

- Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian "credit shell" iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

- Jika harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.


Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah/kesulitan atau mempunyai aduan berkenaan tiket penerbangan yang ditebus menggunakan subsidi ini, anda boleh memaklumkan di syarikat penerbangan pilihan anda seperti dibawah:

◾️Malaysia Airlines Berhad/ FireFly/ MASwings

Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines boleh dibuat terus melalui pautan feedback form. Pelajar perlu memilih “Enquiry” untuk “Type”, “General” untuk “Area” dan “Others” bagi “Category”.

◾️AirAsia

Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia, boleh dibuat terus melalui saluran "AskBo" pada laman sesawang AirAsia dengan pilih shortcut button "FLYsiswa".

◾️Batik Air Malaysia

Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada flysiswaone@batikair.com.my.

◾️Pelajar juga boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan Kementerian Pengangkutan melalui alamat emel di aduan@mot.gov.my

◾️Laman Web MOT: https://subsidiudara.mot.gov.my

◾️Soalan Lazim (FAQ): https://subsidiudara.mot.gov.my/faq

Semoga perkongsian Permohonan & Semakan Kelayakan Bantuan FLYsiswa 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!


No comments

Powered by Blogger.