Permohonan SMAN Perak 2027 Online (Tingkatan 4)
Permohonan SMAN Perak 2027 Online (Tingkatan 1)|BILAKAH tarikh pengambilan SMAN Perak bagi Tingkatan 4 sesi 2027 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan SMAN Perak Sesi 2027 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 13 Disember 2026. Berikut dikongsikan Permohonan SMAN Perak Tingkatan 4 2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama. Untuk kemasukan ke sekolah ini, setiap tahun lazimnya permohonan dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Bagi kemasukan ke Tingkatan 4, aliran yang boleh menjadi pilihan pemohon iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR).
Permohonan SMAN Perak 2027 Online (Tingkatan 4)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMAN Perak termasuk syarat kemasukan dan pakej matapelajaran:
Senarai Sekolah
Senarai sekolah yang dibuka permohonan mengikut aliran adalah seperti berikut:
A. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah (L & P)
B. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (P)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (P)
Pakej Mata Pelajaran SMAN Perak 2027
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Scan QR code pada borang permohonan tertera dibawah untuk mendapatkan senarai pakej matapelajaran.
Cara Permohonan SMAN Perak 2027 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Kemasukan SMAN Perak secara online:
1. Permohonan kemasukan SMAN Perak boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://docs.google.com/forms/d/1in0RUnUpDVcMdJdSpOp0SUABEFgIAgQY9GqYXgjBrKg/viewform?edit_requested=true&fbzx=2831099988017737765 sehingga tarikh tutup pada 13 Disember 2026.
2. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan SMAN Perak, sila hubungi di talian 05-208 4938.
Semoga perkongsian Permohonan SMAN Perak Tingkatan 4 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAN Perak!


Post a Comment